5 Tips Tidurkan Bayi dengan Mudah.

Set Penjagaan Bayi Dari Joielle Baby Untuk Bayi Yang Kembung Perut

 

 

1. Kenali bayi anda dengan baik

  • Walaupun mungkin menarik untuk mendengar dan mengikut apa yang orang lain cadangkan tentang bagaimana untuk menjaga dan menidurkan bayi anda, namun cuba untuk mempercayai naluri keibuan anda sendiri. Semakin anda bimbang tentang ‘tidak melakukan perkara yang betul’ kerana anda sering mendengar pendapat daripada orang lain, semakin banyak kegembiraan yang ada hilang dalam menjaga bayi anda mengikut cara anda yang tersendiri. Jadi, mengenali bayi anda dengan lebih baik dan mendalam amat penting kerana setiap bayi mempunyai cara penjagaan mereka yang tersendiri.

 

2. Jangan bimbang tentang “do’s” dan “don’ts”

 

  • Adalah sangat penting untuk tidak terlalu terjebak dengan “do’s” dan “don’ts” akan cara menidurkan bayi untuk beberapa bulan yang pertama ini. Untuk 3 bulan yang pertama, anda hanya perlu memberi makan, menukar pakaian dan keperluan serta meletakkan bayi untuk tidur kembali. Bagi mereka yang mempunyai bayi yang cerewet, anda tahu bahawa menidurkan mereka merupakan satu cabaran. Jadi, lakukan apa yang anda rasa anda perlu lakukan!

 

3. Ketahui bahawa tidak mengapa jika bayi kerap bangun sepanjang malam

  • Bayi yang baru lahir mempunyai 2 keadaan tidur iaitu active sleep dan quiet sleep. Kajian mendapati active sleep memainkan peranan dalam mencegah SIDS. Mujurlah, bayi menghabiskan lebih banyak masa dalam active sleep dari 2 hingga 6 pagi. Jadi, pada waktu itu, mereka lebih cenderung untuk bangun jika mereka lapar, sejuk, basah (kerana membuang air kecil) atau terkejut kerana susah untuk bernafas.

 

  • Kitaran waktu tidur bayi sebenarnya lebih pendek daripada kita (berpanjangan hanya 50-60 minit) dan oleh itu, mereka boleh mengalami ranhsangan separa pada setiap jam atau lebih. Mengikut sebab biologi, bayi yang bangun pada waktu malam adalah untuk survive dalam kehidupan. Bagi memastikan bayi membesar dengan sihat, mereka perlu makan. Oleh itu, mereka perlu bangun untuk makan.

 

  • Jika bayi terlalu sejuk atau panas, mereka perlu bangun untuk memberitahu ibu mereka. Jika bayi tidak boleh bernafas juga mereka akan bangun daripada tidur dan meragam. Jadi, apa-apa yang memaksa bayi untuk tidur terlalu nyenyak dan lama sebenarnya agak berbahaya.

4. Pastikan bayi dekat dengan anda selagi boleh

  • Seawal 6 bulan yang pertama adalah lebih baik untuk meletakkan bayi anda sedekat yang boleh dengan anda. Anda tidak perlu tergesa-gesa untuk meletakkan bayi anda di dalam bilik mereka sendiri pada usia mereka seawal 6 bulan. Jika bayi kerap bangun beberapa kali pada waktu malam dan anda berasa letih, cuba untuk tidur bersama bayi. Dengan cara itu, bayi akan mendapat kedekatan yang mereka disayangi dan membuatkan mereka lebih tidur lena, secara tidak langsung anda akan mendapat tidur yang lebih tenang.

 

5. Raikan kejayaan kecil

  • Cuba jangan terlalu memberi fokus yang mendalam apabila ia berkenaan dengan bayi yang baru lahir. Walaupun mereka hanya tidur untuk beberapa minit, namun cuba untuk melihat pada sudut yang positif. Mungkin anda dapat menidurkan mereka dalam buaian hanya untuk 20 minit, namun dalam masa 20 minit anda dapat mandi dan ururskan diri anda. Jadi congrats untuk anda! Ketahuilah, setiap saat bayi tidur memberi seribu satu kelebihan kepada anda dan juga bayi.

Share this post

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest